Pelbagai urusan perlu difikirkan terutama sekali oleh bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan.
Disini kami ingin berkongsi panduan tentang 10 perkara yang harus dilakukan untuk memastikan wajah bakal pengantin kelihatan lebih berseri tatkala majlis berlangsung.
1. Rambut
Rambut adalah mahkota wanita. Sama ada anda memakai tudung atau pun tidak, kebersihan rambut jangan sesekali dilupakan. Cucilah rambut selang 2 hari dengan syampu biasa dan sebulan sekali gunalah deep condition. Amalkan mengurut kulit kepala ketika bersyampu untuk melancarkan aliran darah dan menyihatkan rambut. Seelok-eloknya jagalah rambut anda 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Sekiranya anda mewarnakan rambut, jauhkan diri anda dari kolam renang atau air laut kerana ia akan mengubah warna rambut. Untuk rambut yang lebih sihat, amalkan diet tinggi protein dan asid lemak seperti ikan tuna, salmon atau sardin, susu, telur dan jangan lupa sayuran dan buah-buahan yang segar serta minum air yang cukup.
2. Kening
Pembentukan kening mampu mengubah rona wajah seseorang. Kening yang terlalu nipis ataupun terlalu tebal dan tidak dibentuk sedikit sebanyak akan mencacatkan andaman. Kebiasaannya mak andam akan mencukur kening bakal pengantin sebelum memulakan solekan. Sekiranya anda tidak mahu kening anda dicukur, sila beritahu mak andam dan dia akan membentuk kening anda dengan menggunakan eye brow liner. Anda juga boleh menentukan bentuk kening yang sesuai di rumah dengan mengambil sebatang pensil dan letakkannya menegak di antara hujung kening kanan dengan tulang hidung. Buang bahagian kening ditepi tulang hidung yang tidak terkena pensel tadi. Kemudian, letakkan pensel tadi di hujung hidung dan sengetkan ke hujung bahagian luar kening. Buang bahagian yang terletak di bawah pensel itu. Ulang langkah yang sama untuk kening kiri. Cabut bulu kening satu-persatu mengikut arah pertumbuhan kening.Sebaiknya bulu kening dicabut selepas mandi atau sebelum tidur.
3. Mata
Untuk mengurangkan garis2 halus dimata, rawatan intensif boleh dilakukan di salun2. Ia juga mampu memudarkan lingkaran gelap di bawah mata. Namun demikian anda juga boleh melakukan rawatan di rumah dengan mengurut kawasan bawah mata anda dengan sentuhan yang lembut. Mulakan dari tengah hidung lalu ke kiri dan ke kanan sampai ke hujung mata. Letakkan uncang teh yang telah disejukkan dan biarkan selama 10 minit di mata anda. Banyakkan minum air dan dapatkan tidur yang secukupnya. Anda juga boleh menggunakan produk khas bagi merawat masalah tersebut.
4. Hidung
Blackhead dan whitehead sememangnya merupakan masalah besar bagi segelintir wanita. Bagi membantu mengurangkan masalah ini, gunalah produk yang yang mengandungi Salicylic Acid. Dikatakan jika anda rajin menggunakan scrub, ia turut membantu menghindarkan masalah ini. Ada petua untuk menanggalkan blackhead iaitu dengan mencelupkan kapas muka dengan putih telur. Kemudian lekat kapas tersebut dibahagian bermasalah. Biar hingga betul2 kering. sebelum menariknya dari wajah. Tak pun beli jer nose strip pore pack di farmasi berhampiran.
5. Bibir
Amalkan memberus bibir setiap minggu dengan menggunakan berus gigi lama yang lembut. Ini bertujuan untuk membuang sel2 mati yang terdapat di bibir. Selain itu, anda juga boleh menggunakan skrub buatan sendiri. Cuma campurkan minyak zaitun dan gula, dan gosok perlahan-lahan di bibir. Bibir akan terasa lebih lembut dan lembab. Jangan lupa sapukan lipbalm berpelindung matahari tatkala keluar dari rumah.
6. Gigi putih
Sekiranya perlu anda boleh lah mendapatkan rawatan pemutihan gigi di klinik gigi. Juga terdapat produk pemutih gigi dipasaran. Cara yang paling mudah adalah dengan menggosok gigi anda dengan menggunakan sedikit soda bikarbonat. Walaubagaimanapun, warna gigi kita bergantung pada lapisan enamel. Ini bermakna jika warna gigi anda sedikit kuning, rawatan pemutihan mungkin mengubah sedikit warna sahaja. Rawatan ini lebih disyorkan untuk mereka yang merokok dan mengambil kafein berlebihan.
7. Mulut Berbau
Nafas berbau boleh disebabkan dari kandungan sulfur yang terdapat dalam bahan makanan atau dari sejenis bakteria yang tinggal di gigi dan gusi. Cara mengatasinya adalah berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, masalah ini juga boleh dikurangkan sekiranya anda memberus dan floss gigi lebih dari sekali sehari dan pastikan anda juga menggosok permukaan lidah. Minum air secukupnya dan amalkan berkumur dengan ubat kumur.
8. Parut di wajah
Salah satu perkara yang boleh membuatkan kita rasa rendah diri. Tetapi jangan risau, concealer adalah cara terbaik untuk menutup kesan parut. Untuk kesan mengelupas di muka, sapukan sedikit pelembab bebas minyak dahulu. Bedak hanya akan menonjolkan lagi kulit yang menggelupas. Sapukan bedak asas krim ke seluruh muka dengan menggunakan span sehingga kelihatan rata dan sapukan bedak asas wet/dry. Anda juga boleh melakukan peel asid buah yang dapat mengurangkan parut di wajah. Cara ini mengambil masa sekitar enam bulan dan lebih untuk mendapat hasil yang baik.
9. Telinga
Sesetengah orang alah pada perhiasan telinga seperti subang. Cuba pakai subang yang baru dibeli seharian untuk mengetahui sama ada anda mengalami alah ataupun tidak. Jika terkena alahan, biarkan ia sembuh dan jaga kebersihan telinga anda. Ubat sapuan untuk masalah ini boleh didapati di farmasi.
10. Kulit Muka
Kulit muka yang sempurna memerlukan penjagaan yang rapi. Amalkan rawatan facial sekali seminggu sekurang-kurangnya enam bulan dan facial terahir haruslah tiga minggu sebelum hari perkahwinan anda. Gunakan pupur seminggu sekali mengikut jenis kulis bagi menghilangkan kotoran di wajah. Dapatkanlah rawatan doktor untuk kulit berjerawat lebih awal bagi mengelakkan kesan sampingan yang ketara di hari bahagia anda. Jngan gunakan produk yang keras kerana ia akan menebabkan kulit mengelupas. Produk mengandungi asid salisilik sudah memadai dan jangan lupa mengambil vitamin A dan omega-3.

No comments:
Post a Comment